Pengenalan

Nama Persatuan

PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SITIAWAN PERAK
Akronim :
PAKIS

Matlamat

1. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan islam bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara

2.Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan ahli bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi.

3.Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli

4.Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap ahli yang miskin, terabai, teraniaya (abuse) dan yang tidak mempunyai pelajaran akademik (buta huruf)

Keahlian

1.Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut

A. Ahli Biasa
i.   Kewarganegaraan : Malaysia  
ii.  Umur Minima : 18 tahun  
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Perak  
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v.  Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Islam
vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada

B.Ahli Bersekutu Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. Ahli Kehormat Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. Ahli Seumur Hidup Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

E.Ahli Remaja Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.
Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

Yuran
Yuran keahlian : RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)
Yuran bulanan : RM3.00 (Ringgit Malaysia Tiga sahaja)
Yuran Keahlian Seumur Hidup : RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja)